pengemis kasih ilahi

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (Al-'Alaq: 1-5)

Tuesday, January 26, 2010

Dari DIA kita datang…

Hari ini, seorang pesakit yang baru dimasukkan ke ward yang mana aku berada, telah pergi meninggalkan dunia. Dia masuk dalam keadaan yang amat tenat, kami, team medical, berusaha sebaik yang boleh untuk resuscitate pesakit tersebut, namun selepas beberapa jam, keadaannya menjadi lebih kritikal dan akhirnya tidak Berjaya untuk diselamatkan.
Apa yang menyedihkan buat aku ialah apabila ahli keluarga diberitahu mengenai situasi dan keadaan pesakit tersebut, jawapan yang diberikan amat dukacita
“Boleh tak kalau kami pergi ke hospital besok?”
Itulah the exact word yang diperkatakan oleh ahli keluarga pesakit tersebut yang disampaikan oleh nurse in charge tatkala MO (medical officer) bertanyakan mengenai ahli keluarga pesakit tersebut. Mereka sudahpun diberitahu mengenai keadaan pesakit yang tenat, namun jawapan acuh tak acuh yang diberikan.
Aku bertanyakan kepada diriku sendiri, apakah sudah hilang sifat kemanusiaan dalam diri manusia, lebih lagi jika ia muslim. Mengapa begini? Ahli keluarga, bukannya orang asing yang terdampar ditepi jalan yang sakit tenat. Namun, dilayan seolah-olah orang asing yang entah datang dari mana. MasyaAllah.
Aku yang berada ditepi, bersebelahan dengan pesakit, dapat melihat pesakit itu meronta-ronta, merapu dalam keadaan sedar dan tidak, sehinggakan dia terpaksa diikat tangannya bagi membolehkan dia dirawat. Begitu perit sekali kesakitan kematian yang dirasai, membuatkan aku menginsafi dan terfikir apakah kematian aku nanti akan menjadi serupa begini.
Buat pesakitku itu, perjalanan yang kamu tempuhi selepas ini, aku doakan agar dipermudahkan oleh Allah s.w.t. dan agar Allah menerima segala ‘amal yang telah engkau lakukan.
Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda- tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.
Az-Zumar: 42
Dan orang-orang yang berhijrah di jalan Allah, kemudian mereka di bunuh atau mati, benar-benar Allah akan memberikan kepada mereka rezki yang baik (surga). Dan sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pemberi rezki.
Al Hajj: 58
Apakah bila kita telah mati dan kita telah menjadi tanah dan tulang belulang, apakah sesungguhnya kita benar-benar (akan dibangkitkan) untuk diberi pembalasan?"
As-Shaaffat: 53
Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan menghidupkan bumi sesudah matinya. Dan seperti itulah kamu akan dikeluarkan (dari kubur).
Ar-Ruum: 19
Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang mati dan Kami menuliskan apa yang telah mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan. Dan segala sesuatu Kami kumpulkan dalam Kitab Induk yang nyata (Lauh Mahfuzh).
Yaasin: 12
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.
Al-Ankabut: 57

Kepada DIA kita pulang.

Monday, January 25, 2010


Tahun Akhir, Hari Pertama

Bismillahir-Rahman-nir-Rahim
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan pencipta langit dan bumi, penguasa alam semesta, yang memegang hati-hati. Hari ini merupakan hari pertama aku didalam tahun terakhir perubatan. Penat lelah sekian lama belajar, akhirnya, pejam celik pejam celik, dah tahun terakhir. Segala kesyukuran aku berikan kepada Allah, yang telah memperkenankan doa hambanya yang tidak seberapa ini.
Hari ini, bermulalah satu fasa baru dalam bidang yang aku ceburi ini. Buat pengetahuan kalian, perubatan di Monash University adalah lima tahun panjangnya, dan di tahun kelima, tiada “exit” exam seperti yang diperkatakan oleh head of clinical school Johor Bahru, Prof Rusli (“exit” exam merujuk kepada paper-paper dan long case atau short case station exam). Namun begitu, ini tidak bermakna bahawa aku akan dengan senang-senangnya dapat lulus tahun kelima. Ini kerana “exit” exam kami ini di tukar kepada PIA (Pre-Intern Assessment). Tahun kelima di Monash University merangkap tahun dimana kami dilatih untuk menjadi house officer yang “safe and competent” (selamat dan terlatih). Jadi, kami dilayan seolah-olah house officer (houseman), tetapi tidak seteruk house officer, kerana kami masih lagi perlu untuk menyempurnakan segala objektif-objektif yang dikehendaki oleh University. Tahun kelima ini juga amat kritikal untuk aku menentukan samada aku telah benar-benar bersedia untuk keluar daripada kepompong pembelajaran kepada suasana pekerjaan sebagai house officer. Cukup mencabar.
Hari pertama aku pada hari ini berjalan dengan lancar. Mulanya diperkenalkan dengan kurikulum dan expectation-expectation daripada university, sehingga kepada pembahagian kepada rotation-rotation masing-masing mengikut department atau bidang yang berkenaan. Rotation pertama aku adalah General Medicine. Agak mencabar juga, memandangkan General Medicine ini merupakan bidang yang amat luas skop yang perlu diketahui.
Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan aku pada hari pertama ini. Begitu mudah untuk memperkenalkan diri dengan medical officer dan sister in charge untuk ward yang telah ditetapkan untuk aku. Mereka cukup menyenangi kehadiran aku sebagai ahli baru dalam ward PP1 (ward perubatan perempuan). Aku akan dipostingkan selama 3 minggu di ward ini sebelum ditukarkan kepada ward perubatan lelaki untuk 3 minggu yang seterusnya untuk melengkapi rotation General Medicine aku.
Aku memohon kepada Allah swt agar dipermudahkan urusan aku untuk tahun terakhir ini dan menjadikan aku seorang doctor yang competent dan mampu menyumbang kepada pesakit-pesakit yang meminta pertolongan kesihatan kepadaku dan seterusnya menyumbang kepada masyarakat. InsyaAllah.

Allahu’alam.