pengemis kasih ilahi

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (Al-'Alaq: 1-5)

Monday, January 25, 2010


Tahun Akhir, Hari Pertama

Bismillahir-Rahman-nir-Rahim
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan pencipta langit dan bumi, penguasa alam semesta, yang memegang hati-hati. Hari ini merupakan hari pertama aku didalam tahun terakhir perubatan. Penat lelah sekian lama belajar, akhirnya, pejam celik pejam celik, dah tahun terakhir. Segala kesyukuran aku berikan kepada Allah, yang telah memperkenankan doa hambanya yang tidak seberapa ini.
Hari ini, bermulalah satu fasa baru dalam bidang yang aku ceburi ini. Buat pengetahuan kalian, perubatan di Monash University adalah lima tahun panjangnya, dan di tahun kelima, tiada “exit” exam seperti yang diperkatakan oleh head of clinical school Johor Bahru, Prof Rusli (“exit” exam merujuk kepada paper-paper dan long case atau short case station exam). Namun begitu, ini tidak bermakna bahawa aku akan dengan senang-senangnya dapat lulus tahun kelima. Ini kerana “exit” exam kami ini di tukar kepada PIA (Pre-Intern Assessment). Tahun kelima di Monash University merangkap tahun dimana kami dilatih untuk menjadi house officer yang “safe and competent” (selamat dan terlatih). Jadi, kami dilayan seolah-olah house officer (houseman), tetapi tidak seteruk house officer, kerana kami masih lagi perlu untuk menyempurnakan segala objektif-objektif yang dikehendaki oleh University. Tahun kelima ini juga amat kritikal untuk aku menentukan samada aku telah benar-benar bersedia untuk keluar daripada kepompong pembelajaran kepada suasana pekerjaan sebagai house officer. Cukup mencabar.
Hari pertama aku pada hari ini berjalan dengan lancar. Mulanya diperkenalkan dengan kurikulum dan expectation-expectation daripada university, sehingga kepada pembahagian kepada rotation-rotation masing-masing mengikut department atau bidang yang berkenaan. Rotation pertama aku adalah General Medicine. Agak mencabar juga, memandangkan General Medicine ini merupakan bidang yang amat luas skop yang perlu diketahui.
Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan aku pada hari pertama ini. Begitu mudah untuk memperkenalkan diri dengan medical officer dan sister in charge untuk ward yang telah ditetapkan untuk aku. Mereka cukup menyenangi kehadiran aku sebagai ahli baru dalam ward PP1 (ward perubatan perempuan). Aku akan dipostingkan selama 3 minggu di ward ini sebelum ditukarkan kepada ward perubatan lelaki untuk 3 minggu yang seterusnya untuk melengkapi rotation General Medicine aku.
Aku memohon kepada Allah swt agar dipermudahkan urusan aku untuk tahun terakhir ini dan menjadikan aku seorang doctor yang competent dan mampu menyumbang kepada pesakit-pesakit yang meminta pertolongan kesihatan kepadaku dan seterusnya menyumbang kepada masyarakat. InsyaAllah.

Allahu’alam.

0 comments:

Post a Comment

<< Home