pengemis kasih ilahi

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (Al-'Alaq: 1-5)

Tuesday, March 30, 2010


Tugas
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagiNya, pencipta Adam dan Hawa, penguasa keatas apa yang ada di langit dan dibumi, penakluk ketakutan dan pemberi kebahagian, kepadaNya sajalah terletak segala kekuatan dan kerbergantungan dan kebergantungan aku hanyalah kepadaNya. Maha suci Allah, yang tiada sekutu keatasNya, penguasa kematian dan hayat diri ini yang hanya dengan sedetik, mampu untuk meleraikan tali hayat yang dikurniakan atas belas kasihanNya.
Entah mengapa, aku kembali teringat akan satu pengalaman yang aku lalui pada awal tahun ini, dimana aku melihat bagaimana pedihnya hati seorang anak bila kehilangan ibu yang tercinta. Bagaimana pedihnya jiwa seorang lelaki bernama suami melihatkan isteri pergi meninggalkannya. Betapa menjadi pedih lagi dihatiku ini bila melihat jika kematian itu berlaku antara faktor penyebabnya adalah kerana kecuaian yang berlaku.
Entah mengapa, aku merasa sedih, mungkin kerana aku sendiri yang melihat bagaimana keadaan pesakitku itu semakin jatuh kadar dengupan jantungnya sehingga asystole, dimana aku dan MO yang bertugas itu sendiri yang kemudiannya memeriksa pesakit itu dan mengumumkan kematian pesakit itu. Itulah kali pertama aku belajar bagaimana untuk meng-confirm-kan atau memastikan kematian dan seterusnya mengumumkan kematian pesakit kepada keluarga. Aku sendiri berada disitu ketika MO yang bertugas breaking the bad news to the family. Bagaimana jatuhnya air mata dari kelopak mata si suami, begitu pilu hatiku ini melihatnya. Bagaimana teriakan si anak begitu menangkap sekali dihatiku ini. Kematian itu sememangnya memedihkan kepada mereka yang terlibat dan melihatnya sendiri, apatah lagi keatas keluarga dan sanak saudara.
Ketika itu, terlintas di pemikiran ku ini sekiranya kematian itu berlaku disebabkan kerana aku tidak competent enough to perform acceptably for patient care. Sememangnya aku menerima  bahawa qada’ dan qadar atas kematian yang menimpa adalah ketentuan daripada ilahi dan kita sebagai manusia tidak akan mampu berbuat apa-apa sekiranya ajal sudah datang kerana itu adalah kepastian yang sememangnya telah dijanjikan oleh Allah tidak akan lambat dan cepat walaupun sesaat. Dan menjadi lumrah ataupun hukum Allah (sunnatullah) atau hukum alam bahawa kematian itu berlaku mesti disebabkan oleh sesuatu dan aku seboleh-bolehnya mengharapkan bahawa aku bukanlah penyebab kepada kematian yang berlaku.
Oleh itu, aku harus bekerja keras untuk memantapkan lagi ilmu didada agar aku bersedia apabila masanya tiba untuk aku melaksanakan tanggungjawab amanah tugas yang aku pikul ini. Aku memohon kepada Allah agar memberkati waktu yang ada padaku dan sentiasa menghidupkan bara api supaya aku senantiasa berusaha untuk mempelajari ilmunya dan tidak memadamkan api bara yang menjadi bahan pembakar kepada usaha aku dalam mengejar, memahami dan seterusnya mempraktikkan ilmu yang dikurniakanNya kepadaku. InsyaAllah.

Allahua’lam

0 comments:

Post a Comment

<< Home