pengemis kasih ilahi

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (Al-'Alaq: 1-5)

Monday, March 29, 2010


Meeting old friends
Alhamdulillah. Dapat juga aku berjumpa dengan rakan-rakan INTEC yang aku rasa ada dalam 4 tahun kot dah lost contact. Masing-masing sudah menginjakkan diri kealam fasa pekerjaan. Melihat mereka maju dalam bidang yang mereka ceburi membuatkan aku merasa gembira, ada juga anak melayu muslim yang dapat menginjakkan diri kealam professional jika hendak dibandingkan dengan berita-berita gejala yang pelbagai masa kini, meskipun mereka antara sedar dan tidak akan hakikat perjuangan hidup ini kearah memuliakan penciptanya, aku tetap juga bersyukur setidak-tidaknya mereka masih lagi mampu memelihara diri dengan pelbagai dugaan dunia masa kini.
Hendak diikutkan, ramai juga rakan-rakan ku yang dikatakan budak-budak kampong yang hidupnya berkisar disekitar kerja, hendak cari duit, cari jodoh, kahwin, bina keluarga and that’s it. Aku tidak menyalahkan mereka, kerana mereka tiada mengetahui, dan ilmu yang aku timba selama ini sudah mampu untuk membuatkan aku untuk tidak judgemental terhadap apa yang mereka lakukan sekiranya aku ingin mendekati dan harapnya dapat memberi sedikit tunjuk ajar akan hakikat penciptaan manusia dan kepentingan dunia akhirat itu sendiri. Sudah tentu ada cara dan gaya yang tersendiri jikalau hendak memasuki kelompok mereka, kerana manusia itu unik dan satu approach tidak mampu untuk diguna pakai untuk semua keadaan dan kondisi.
Sedangkan Rasulullah juga menggunakan pelbagai teknik dan cara dalam berdakwah, masakan pula aku untuk tidak mengikuti jejak langkah dan petunjuk jalan yang telah digariskan dan dipertontonkan oleh Rasullullah s.a.w. Memang dakwah ini mengambil masa, dan Allah juga tidak memandang akan hasil, tetapi kepada usaha yang dilakukan. Harapnya, dengan usaha aku yang sekecil ini, mampu untuk menolongku dan harapnya mereka diakhirat kelak.

Allahua’lam

1 comments:

Blogger green said...

happy for your friends, good!

dakwah memang meakan masa, dan caranya perlu pelbagai, asam garam sekarang, ckp pasal dakwah je ramai yg tak berminat..

slow2..
yg penting, jika cara kita tak efektif, tukar sedikit..
approachable~~

5:53 PM  

Post a Comment

<< Home