pengemis kasih ilahi

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (Al-'Alaq: 1-5)

Saturday, December 19, 2009


Tujuan

“Seseorang dengan tujuan yang jelas akan membuat kemajuan walaupun melalui jalan yang sukar. Seseorang yang tanpa tujuan, tidak akan membuat kemajuan walaupun ia berada di jalan yang lurus!”
Thomas Carlyle

Jelas dan mendalam makna kata-kata yang diungkapkan oleh Tomas Carlyle itu. Moga ia menjadi satu peringatan dan pengajaran tentang kepentingan niat dan matlamat (sepertimana yang aku ungkapkan dalam posting Tajri-dus-sir sebelum ini) kita mengharungi kesulitan, penderitaan dan ujian yang ditimpa oleh Allah swt kepada kita. Akan ku huraikan dikesempatan yang lain.


Wallahu’alam.

Thursday, December 10, 2009


Sakit
Bismillahir-Rahman-nir-Rahim
Dengan nama Allah, tuhan penguasa segala apa yang ada di langit dan di bumi, tuhan penguasa halilintar, tuhan penguasa bencana, tuhan penguasa keatas segala kesakitan.
Disini, aku ingin mengambil sedikit kesempatan untuk berdiskusi sedikit mengenai istilah sakit yang membawa kepada apa yang kita rasa sebagai kesakitan.
Sakit, menurut pengertian istilah, menurut kamus perubatan bermaksud
“An unpleasant sensation that can range from mild, localized discomfort to agony.” Translate “Suatu perasaan yang tidak menyelesakan (perit, pedih dan sebagainya) samada sedikit dan tertumpu pada satu bahagian atau teruk sehinggakan seseorang itu meronta-ronta” (tafsiran aku based on bahasa Inggeris – pasal tak jumpa maksud dalam bahasa Melayu).
Dari segi bidang perubatan, sakit itu merupakan satu simptom kepada sesuatu penyakit yang dihadapi dan sakit itu bukanlah satu penyakit. Ia merupakan manifestasi daripada penyakit sebenar yang dialami. Skala definisi kekuatan sakit itu bergantung kepada individu samada sakit itu sedikit ataupun teruk. Sakit juga boleh diklasifikasikan sebagai sakit fizikal ataupun sakit psychology (bererti sakit yang tidak boleh dikenalpasti puncanya).
Sakit ini merupakan satu ujian dari Allah swt keatas hamba-hambanya. Tanpa ujian, masakan diketahui samada seseorang itu benar-benar beriman kepada Allah swt. Berbagai respon yang manusia berikan apabila mereka ditimpa kesakitan. Ada yang merungut, ada yang memaki kesakitan yang dialami dan ada yang bersyukur dengan kesakitan yang dialami.
Sakit ini sememangnya sudah lazim terhadap manusia dan ia merupakan peristiwa yang selalu menyertai hidup manusia semenjak nabi Adam a.s. Sakit ini juga dirasai oleh golongan para Anbiya’ sepertimana yang telah diceritakan di dalam Al-Qur’an tentang kisah nabi Ayub, bagaimana beliau ditimpakan penyakit oleh Allah dan disembuhkan penyakit itu juga oleh Allah swt.
Dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang."  Maka Kamipun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami lenyapkan penyakit yang ada padanya dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya, dan Kami lipat gandakan bilangan mereka, sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Allah.
(Al-Anbiyaa’: 83-84)
Sakit juga merupakan suatu rahmat daripada Allah swt kepada hamba-hambanya jika mereka mengetahui kerana sakit itu merupakan ganjaran Allah untuk menghapuskan dosa-dosa yang telah dilakukan setimpal dengan kesakitan yang dialami.
“Tidak ada yang menimpa seorang muslim kepenatan, sakit yang berkesinambungan (kronik), kebimbangan, kesedihan,penderitaan, kesusahan, sampai pun duri yang ia tertusuk kerananya, kecuali dengan itu Allah menghapus dosanya.”
(Hadis riwayat Bukhari)
“Tidaklah seorang muslim tertimpa derita dari penyakit atau perkara lain kecuali Allah hapuskan dengannya (dari sakit tersebut) kejelekan-kejelekannya (dosa-dosanya) sebagaimana pohon menggugurkan daunnya.”
(Hadis riwayat Muslim)

Jadi, buat sahabatku yang dilanda kesakitan, bergembiralah kerana itu petanda bahawa Allah masih lagi menyayangi kalian.

Wallahu’alam.


Tajri-dus-sir
Matlamat menuju akhirat, tanpa dunia di dalam hatinya tetapi tanpa meninggalkan dunia itu.
Jalan menuju akhirat itu semestinya memerlukan dunia kerana dunia itu sendirilah (medan penentuan/pertarungan) yang akan menentukan nasib kita di akhirat samada baik balasan yang diterima ataupun sebaliknya.
Bak kata seorang sahabat: Tarbiyyah itu bukanlah bererti seseorang itu langsung tidak melakukan kesilapan, tetapi tarbiyyah yang sebenarnya apabila seseorang itu sedar bahawa dia telah melakukan kesilapan dan segera bertaubat atas kesilapan yang telah dilakukannya.


p/s: Masih banyak yang perlu untuk aku pelajari dan perbaiki. Ku pohon petunjuk yang Esa.

Wednesday, December 09, 2009


Sistem, Masyarakat atau Individu?

Bismillah-hir-Rahman-nir-Rahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang. Telah lama juga aku tidak menulis didalam blog ni. Lama juga sudah tidak ku updatekan blog ni. Banyak idea, tapi mungkin terlalu banyak sampai tak terlarat nak menulis. Mungkin jua kerana tiada kesempatan. Wallahualam. Harap2nye akan terus menulis selepas ini, InsyaAllah. Skill menulis pon rasanya macam dah berkarat. Harap maaf, saya akan menggunakan bahasa pasar pada kesempatan posting kali ni.
Di sini, aku ingin berkongsi sedikit pengalaman. Tadi tengah hari, selepas ambil seorang sahabat Mr M (bukan nama sebenar) ni dari ‘cryotherapy’ kat dermato clinic, kitorg pergi ke Tmn Molek atas urusan rumah, dah alang-alang pergi jumpa seorang kawan ni Mr A (bukan nama sebenar), kenal masa main futsal tahun lepas, lama jugak tak jumpa. Dia kerja dalam bab2 marketing, tak sure pulak apa jawatan yang dia pegang. Parking je kereta kancil aku kat bawah office dia, terus kitorg pergi lunch, of course naik kereta HONDA CITY (kereta idaman :)) dia. Tgh on the way, dia dapat call, urusan business kot. Jumpa je kedai makan, terus kitorg p lunch.
Masa lunch tu, borak-borak la. Nak dipendekkan cerita, basically, pak cik dier minta tolong uruskan satu hal, yang melibatkan agensi kerajaan. Masalahnya, belum apa-apa lagi, officer kat agensi kerajaan ni dah minta duit ‘undertable’ kalau dia boleh tolong. Kawan aku ni, lepas tu mengamuk la (lepas hang up phone). “Ni lah dia orang Melayu, xde pape lagi dah mintak!”
Aku agak terkejut juga dengar cerita ni. Yang pertama, masalah rasuah dalam negara, sampai tahap orang-orang pangkat kecik ni pon dah affected. Yang kedua, orang melayu Islam pulak tu yang mintak tanpa segan silu. MasyaAllah. Susah juga nak gambarkan perasaan aku waktu tu. Rasuah tu macam dah jadi dalam darah daging pulak dalam urusan administration. Apa-apa urusan –“berapa you boleh bagi?”. MasyaAllah. Tuhan memang dah tak ingat langsung masa tu. Mana tidak orang-orang Cina pandang lekeh dan tidak puas hati dengan orang-orang Melayu, corruption sangat tinggi, especially dalam urusan business yang melibatkan administration. Ingatkan orang politik dengan all big time businessman je, tapi dah menyerap sampai kat yang berpangkat kecik juga rupanya.
Aku cuba untuk berfikir kenapa begitu jauh sekali manusia itu sudah tenggelam sampai nama Allah itu sudah seperti tak ada langsung dalam kotak minda. Jauh sama sekali dalam hati sampaikan tanpa segan silu meminta-minta. Apakah kerana sistem di Malaysia memang sudah begitu atau masyarakat atau individu itu sendiri yang menjadi masalah. Jika sistem yang hendak disalahkan, mana mungkin sebab manusia itu sendiri yang mencipta sistem mereka dan adakah masyarakat yang perlu dipersalahkan? Juga tidak kerana mereka hanya mengikut keadaan seperti mana kaum-kaum Arab jahiliyyah yang mengikut keadaan dan segala benda mengikut ajaran nenek moyang mereka. Jadi aku hanya mampu memikir bahawa individu yang bernama manusia itu sendirilah masalah kepada semua masalah yang tercipta di atas muka bumi ini. Kenapa? Kenapa ek? Pertama, sistem itu tidak akan terbentuk kecuali dengan adanya masyarakat yang komposisinya adalah individu-individu yang bernama manusia. Kedua, manusia juga sendiri yang akan menentukan bentuk dan hala tuju sistem yang mereka bina (in other words, kalau acuan Allah yang digunakan, maka akan terlaksanalah sistem Allah, jika yang lain, yang lain itulah yang akan menjadi sistem). Nak tak nak, manusia itu sendiri yang akan menentukan hala tuju sistem yang mereka bina, bermula melalui individu yang kemudiannya membentuk kefahaman dan kesepakatan antara mereka lalu membentuk sistem pemerintahan setelah terbentuknya masyarakat yang bersetuju melaksanakan sistem tersebut.
Jadi nak salahkan yang mana? Nak betulkan yang mana?
Sistem?
Masyarakat?
Individu?
Semua?
Terserah kepada pembaca.

Wallahualam.