pengemis kasih ilahi

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (Al-'Alaq: 1-5)

Friday, September 29, 2006

Dingin Subuh...

Keheningan subuh yang dingin…
Betapa indahnya suasana ciptaan tuhan…Namun tiada siapa yang mengerti…
Ramai yang terlepas nikmat menikmati indahnya alam ketika suasana subuh yang nyaman…alangkah ruginya mereka.

Kebanyakan daripada mereka tidak menyedari bahawa bangun subuh itu merupakan suatu nikmat yang tidak terkiranya…yang Allah berikan kepada mereka yang dipilihNya.
Mengapa?...Mengapa kita tidak mahu menjadi salah seorang daripada mereka yang dipilih oleh Allah…untuk megerjakan solat subuh berjemaah…Alangkah daifnya!

Nikmat yang diberikan, kebanyakannya tidak diterima…dan terus hanyut diatas katil yang empuk…sedangkan Nabi Muhammad s.a.w., hanya beralaskan pelepah tamar!
Mengapa?...Kerana mengertinya Nabi s.a.w akan nikmat di syurga mengatasi segala-galanya yang ada di atas muka bumi ini. Namun mengapa, kita yang hidup dizaman sekarang, tidak mampu mengerti, memahami, menghayati, merasai akan lebihnya nikmat di akhirat kelak berbanding dengan bumi…berbanding dengan nikmat tidur kita di atas katil…bukankah tidur kita itu umpama kita mati?...mahukah kita mati semula setelah dihidupkan oleh Allah di subuh hari untuk kita beribadah kepadaNya.

Dengarlah wahai penulis…lihatlah wahai penulis…fahamilah wahai penulis…

Syurga itu menanti mereka yang bangun mengerjakan solat ketika yang lain sedang lena…Penat-lelah ini tidak akan dapat dibandingkan kelak ketika ganjaran syurga diberikan.

Sedarlah….

*******

dan demi subuh apabila fajarnya mulai menyingsing
(At-Takwiir:18)

Dirikanlah shalat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula shalat) subuhSesungguhnya shalat subuh itu disaksikan (oleh malaikat).
(Al-Israa':78)

Maka bertasbihlah kepada Allah di waktu kamu berada di petang hari dan waktu kamu berada di waktu subuh
(Ar-Ruum:17)

Wednesday, September 20, 2006

Jika Pokok Mampu Berkata-kata….

Dulu, ku lihat manusia makin membiak di muka bumi ini. Sejak dari penciptaan Nabi Adam a.s dan Hawa, bilangan manusia semakin hari semakin bertambah. Dari mereka yang berkulit putih hingga ke mereka yang berkulit hitam, masing-masing bangkit membina tamadun masing-masing. Ada tamadun yang di panggil Mohenjo Daro, Mesopotamia, Mesir iaitu Tamadun Fir’aun dan banyak lagi. Kebanyakannya membina tamadun dengan begitu cemerlang sekali, namun semakin bertamadun masyarakat sesuatu ketamadunan itu, semakin bercanggah konsep ketuhanan mereka, semakin jauh mereka lari dari megenali Tuhan yang Maha Esa, yang menciptakan mereka semua. Kepincangan rohani yang berlaku ini begitu meruncing sehingga ada yang sanggup mengaku bahawa diri mereka sebagai tuhan, contohnya Fir’aun dan menzalimi orang lain. Kepincangan yang ada ini dilihat begitu serius bahkan rata-rata manusia menyembah antara mereka sendiri. Astaghfirullah.
Dengan kurnian Allah, oleh kerana rahmat dan kasihNya kepada manusia, Dia menurunkan Islam menerusi para Nabi dan Rasul, dengan tujuan untuk membimbing manusia. Namun, kealpaan, rasa bongkak dan sayangkan kekuasaan yang ada pada mereka, kebanyakannya kufur, hinggakan sanggup menentang habis-habisan akan wahyu Allah yang dibawa oleh para Rasul. Jika difikirkan, bagi mereka yang mahu berfikir, mengapa mereka menentang akan petunjuk yang diberikan oleh Allah, pencipta mereka walhal tidakkah mereka sedar bahawa mereka sedang menentang suatu kuasa yang tiada setara denganNya, yang membawa manusia kepada kewujudan, memberi mereka nikmat kehidupan, memberi rezeki, yang membolehkan mereka berjalan di muka bumi, menikmati keindahan alam. Tetapi, rata-rata, kebanyakan mereka tidak bersyukur, bahkan angkuh dan lupa akan hakikat kejadian mereka. Untuk apa mereka diciptakan? Adakah untuk leka didalam mainan buatan manusia syaitan yang menyempitkan pemikiran manusia kepada hal-hal duniawi. Tidak sama sekali. Tujuan manusia diciptakan adalah semata-mata untuk beribadah kepada Allah. Apakah itu ibadah? Adakah manusia mengerti akan erti ibadah? Adakah erti ibadah dengan mengejar wang berganda-ganda dan lupakan penciptaNya? Ataupun hanyut dalam mainan dunia yang sempit yang jika dilihat, diperhatikan dan dianalisis menggunakan iman, kitaran hidup manusia berbalik kepada suatu perkara yang tiada matlamat, semenjak dahulu hingga sekarang. Adakah ini yang dikatakan ibadah? Tidak sama sekali. Apa yang dikatakan dengan ibadah, jawapannya ada didalam kitab pembawa khabar gembira dan amaran, yakni Al-Qur’an.
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.
(Adz-Dzariyyat: 56)
Jika dilihat melalui sejarah, amat sedikit golongan yang sebenar-benar beriman kepada Allah s.w.t.
Dunia zaman sekarang menyaksikan bilangan manusia yang begitu ramai, yakni melebihi angka 6 billion. Namun, adakah ini nilai angka sebenar bilangan manusia yang diciptakan Allah. Tentu tidak. Jika zaman sekarang angka 6 billion dijadikan ukuran, berapa zaman telah berlalu, dan berapa ramaikah yang benar-benar beriman? Ramaikah? Walaupun manusia kerap kali diperingatkan, namun nafsu yang ada dalam diri menolak akan peringatan ini. Bagi mereka, peringatan ini tidak sesuai bagi jiwa mereka. Jiwa mereka? Yang penuh dengan nafsu! Memang benarlah tidak sesuai kerana ia tiada dihiasi dengan iman!! Penuh dengan rasa inginkan keseronokan. Si lelaki ingin berdampingan dengan wanita, bahkan perempuan juga mempunyai perasaan yang sama. Perasaan yang penuh dengan nafsu. Untuk apa berdampingan? Adakah untuk perasaan cinta kepada Allah. Tidak sama skali. Memang benar lelaki dan wanita itu mempunyai perasaan antara satu sama lain, tetapi mengapa ingin dilepaskan perasaan itu tanpa sebarang ikatan yang sah? Yang diterima oleh Allah! Bukannya yang diterima oleh masyarakat. Rata-rata yang menerima peringatan, mengatakan mereka mengetahuinya, namun adakah dipraktikkannya? Ramai yang mendengar tazkirah, akan kekuasaan Allah, mereka tahu, namun tiada memberi perubahan kepada mereka seolah-olah kekuasaan Allah yang mereka dengar itu tidak wujud. Kerana apa? Kerana manusia tiada melihatnya dengan mata kepala sendiri. Astaghfirullah.. Sesekali jangan begitu. Apabila Allah ingin menunjukkan kekuasaannya, tiada sesiapa yang dapat menghalang. Jika Dia berkehendakkan Tsunami berlaku, maka akan berlakulah. (kun fa ya kuun).
Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia.
(Yaasin: 82)
Apakah itu bukan kekuasaanNya? Adakah manusia itu sendiri mahu merasainya, baru mereka ingin beriman. Jangan begitu.
Mereka yang benar-benar beriman telah pun diberikan kemenangan oleh Allah. Bukti? Kajilah Al-Qur’an dan sejarah, maka kamu akan mengerti akan adanya suatu ketamadunan yang begitu hebat disuatu masa dahulu, bagaimana mereka bermula, hinggakan 2/3 dunia berada dibawah kekuasaannya. Itulah zaman kegemilangan Islam, yang dibina dengan penat lelah oleh Rasullah s.a.w., para sahabat, para tabi’, tabi’in dan mereka yang benar-benar beriman. Namun akhirnya, penat-lelah, jerit-perih mereka tidak dikisahkan, TIDAK dipedulikan, malah kegemilangan yang mereka bina dilenyapkan oleh mereka yang tidak mengerti, dibawa nafsu yang menyelubungi hati mereka. Mereka membantu orang-orang kufur, yang semenjak dahulu diketahui menentang petunjuk Allah, kerana ketamakkan mereka. Malah, mereka yang mengucap dua kalimah syahadah, namun tidak mengetahui akan nilai di sebalik Shahadatul Haq yang dilafazkan dan mengerti akan apa yang diucapkan oleh mereka itu, turut membantu orang-orang kufur dalam menentang Islam itu sendiri. Astaghfirullah. Apakah manusia ingin kembali ke zaman dimana mereka dipandang jauh lebih hina daripada haiwan, zaman dimana kezaliman bertakhta! MasyaAllah.
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.
(Al-‘Araaf:179)
Hakikat penciptaan manusia juga dilupakan. Mereka dikatakan sebagai khalifah di muka bumi ini, namun perlakuan mereka jauh lebih hina daripada haiwan. Jika dilihat, haiwan berebut pasangan tatkala musim membiak, namun manusia berebut perempuan, bahkan berkongsi perempuan tanpa sebarang ikatan yang sah. Haiwan membiak untuk meneruskan kewujudan spesis mereka, namun manusia berbuat persetubuhan bebas untuk nafsu. Tidak nampak lagikah taraf perbezaan manusia dan haiwan pada zaman sekarang. Haiwan berbuat sesuatu mengikut fitrah kejadian mereka yang ditetapkan oleh Allah, namun manusia mengingkari akan tanggungjawab mereka bahkan menjauhi Allah. MasyaAllah. Apakah itu khalifah? Tidak! Apakah manusia tiada mengetahui erti khalifah? Tidak! Tiada alasan yang sepatutnya diberikan oleh manusia kerana telah dibuktikan bahawa ciri-ciri sebagai khalifah itu telah pun ditunjukkan oleh Rasullullah s.a.w. dan para sahabat ketika Islam menjadi suatu kuasa yang begitu digeruni. Ketika itu, setiap inci alam ditadbir dengan sebaik-baik mungkin, kerana takutnya kepada azab Allah, yang pasti janjiNya. Namun sekarang, kerakusan manusia yang penuh dengan hawa nafsu, memusnahkan alam sesuka hati mereka. Tidak takutkah kamu akan janji Allah! Apakah mereka ini dikatakan sebagai manusia? Mereka ini bukan manusia, bahkan syaitan yang bertopengkan manusia kerana mereka jauh menyimpang dari Allah s.w.t..
Ada dikalangan manusia yang menciptakan sesuatu dengan tujuan untuk melekakan manusia demi kerakusan mereka meneroka bumi Allah dan memperoleh banyak harta dan kekuasaan. Ramai manusia pula leka, dan terjerat oleh perangkap yang telah dipasang oleh kaum mereka sendiri. Betapa hinanya mereka, menjerat antara satu sama lain, dan bukannya memberi manfaat antara mereka. Bilakah mereka akan sedar tentang permainan yang telah lama dipasang kepada mereka? Apakah mereka tidak akan menyedarinya selama-lamanya? Dimanakah usaha mereka untuk kembali kepada hakikat sebenar penciptaan mereka? Bilakah manusia akan kembali mendekati Allah, tuhan yang menciptakan mereka? Bilakah mereka akan mencapai tahap khalifah kembali di muka bumi ini? Bilakah manusia akan kembali mencapai kegemilangan suatu ketamadunan berdasarkan matlamat azali mereka iaitu mencari keredhaan Allah s.w.t.?
Bilakah.......???

Monday, September 11, 2006

Ingatlah Wahai Penulis...

Kita berjanji,
Allah...,
Engkaulah Tuhan yg Maha Esa,
Sesungguhnya kami bersaksi!!,
Sewaktu di alam ruh.

Dilahirkan kedunia,
Untuk diuji,
Dan membuktikan,
Apakah benar janji kita itu,
Ataupun hanya sekadar retorik,
Penuh hipokrit..

Disuruh mengenal ilah,
Menerusi wahyuNya kepada para Rasul,
Namun,
Apakah benar kita telah mengenaliNya?,
Tuhan semesta alam...

Kita disuruh meninggalkan jahiliyyah,
Apakah kita melakukannya?
Kita disuruh menyeru manusia kepada kebenaran,
Apakah sudah kita mempersiapkan diri kita ini,
Untuk menyeru manusia mengenal ilahi?

Ingatlah,
Dunia ini hanya pinjaman,
Untuk menguji keimanan,
Untuk menentukan,
Apakah kan mendapat,
Balasan Syurga,
Ataupun Neraka,
Di akhirat kelak....


Ingatlah...ingatlah...ingatlah.....