pengemis kasih ilahi

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (Al-'Alaq: 1-5)

Saturday, November 04, 2006

Mengapa???

Diri tersentak, tatkala membaca sesuatu yg cukup untuk membangkitkan rasa amarah dalam diri ini. Ramai manusia dunia masa kini yang mengenali ALLAH, namun hanya sekadar mengenali. Ditanya kenal ke tidak siapakah ALLAH, di jawab kenal. Dialah tuhan yang mencipta Alam ini. Namun perlakuan tidak menampakkan pengakuan yang di katakan tadiā€¦

Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?
Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.

(As-Shaff:2-3)

Amatlah aku merasa tidak berpuas hati dengan manusia-manusia sedemikian, yang mengakui bahawa ALLAH itu tuhan, NAMUN PERLAKUAN MELAMBANGKAN SEOLAH-OLAH ALLAH ITU TIDAK WUJUD!!!

Mulut manis berbicara, berkata-kata seolah-olah tiada satu yang menjadi saksi! Aku juga cukup tidak berpuas hati dengan mereka yang dengan mudah berkata-kata manis, menyerahkan segala sesuatu kepada ALLAH. Sesuka hati engkau hendak mengatakan sesuatu!! Ko ingat ALLAH ni siapa? Ni aku nak tanya sikit, asal nak berserah segala sesuatu kepada ALLAH, tapi diri tu tak sudi nak menyerahkan DIRI kepada ALLAH! Pastu bila bersedih, serah gak pada ALLAH. Barulah masa tu nak ingat ALLAH! Bila tengok anime, main game dan macam-macam lagilah, tak pernah ingat kat ALLAH ke? Kenapa bila sedih pulak baru nak ingat ALLAH. Ko ingat ALLAH ni siapa!! Ni aku nak tanya sikit, mengapa perlu bersedih, walhal diri tidak pernah bersedih ke atas nikmat-nikmat Allah yang diberi, tapi tidak pernah bersyukur? Mengapa perlu bersedih, sedangkan diri tidak pernah bersedih ke atas perkara-perkara maksiat yang dilakukan!!

Seperkara lagi yang aku tidak berpuas hati, ada ILMU tapi tidak dipraktikkan. Masa dekat sekolah dulu, Alhamdulillah, soleh sungguh. Tapi bila keluar je, MasyaALLAH, kenapa lain pulak jadinya. Sandiwara apa yang engkau cuba buat ni!! Tahu, tapi buat tak tahu. Aku cukup tidak berpuas hati dengan mereka yang berlagak seolah-olah semua benda dia dah tahu. Bile buat silap, orang lain tegur, banyaklah dalil yang keluar, nak tutup kesalahan. Engkau ingat engkau siapa? Apa orang lain semua jahil ke? Tak pernah mengenal Islam. Yang paling aku tak berpuas hati, pada mereka yang dah tahu perkara tu tak boleh, tapi nak jugak buat. Kenapa? Aku tanya lagi sekali, KENAPA? Kenapa berdegil sangat nih! Engkau tahu balasan ALLAH, engkau tahu akan janji azab ALLAH yang pasti, tapi kenapa engkau buat endah tak endah!! Lagak gaya seolah-olah perkara yang engkau dengar tadi macam suatu mitos zaman dahulu kala!

Ingatlah, semua perkara yang engkau buat tak endah ni engkau akan tahu jawapannya bila masanya telah tiba. Pada masa tu, tiada satu pun yang mampu memberi perlindungan melainkan ALLAH, ye.. ALLAH, tuhan sekalian alam yang engkau semua akui! Ingatlah, hanya ALLAH yang mampu memberikan pertolongan, kerana DIAlah yang MAHA memberikan pertolongan. KepadaNya lah terletak segala pertolongan. Buatlah apa yang engkau ingin buat dalam dunia ini, tapi ingat dunia ini hanyalah permainan.

Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka Tidakkah kamu memahaminya?

(Al-An'am:32)

Fahamilah. Itu sahaja yang mampu aku perkatakan, kerana tanpa pemahaman dan penghayatan, tiada apa yang mampu megubah diri. Berilah seribu macam alasan, namun perkara pokoknya hanyalah ini, penghayatan. Ia bergantung sama ada engkau ingin menuruti perintah ALLAH ataupun tidak. Itu sahaja perkara pokoknya. Maka, jadilah kelompok mereka yang beriman kepada ALLAH, nescaya engkau akan selamat, selaras dengan janji ALLAH yang pasti.


Wallahualam.