pengemis kasih ilahi

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (Al-'Alaq: 1-5)

Monday, August 30, 2010


10 Malam Terakhir Ramadhan

Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan,
Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan,
Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan,
Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.
(Al-Qadr, 1-5)
Ya Allah, pertemukan daku dgn lailatul Qadr Mu. Wahai sahabat, sama-samalah kita berusaha mengejar malam yang penuh barakah ini. Andai ini Ramadhan terakhirmu, apakah kamu tidak mahu mengejar malam yg lebih baik daripada seribu bulan.

Tuesday, August 10, 2010



Salam Ramadhan buat semua sahabat-sahabat, muslimin dan muslimat. Moga Ramadhan kali ini dipenuhi dgn amalan-amalan kearah meraih ganjaran dan juga keampunan dariNya. Sesungguhnya, Allah berfirman didalam Al-Qur’an:
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”
(Al-Baqarah: 183)
Wahai sahabatku sekalian, inilah peluangnya, yang jarang sekali tiba, untuk kita benar-benar menyucikan jiwa, agar amalan kita diterima dengan kadar yang melebihi daripada yang biasa ganjarannya, juga meraih keampunan moga kita mendapat rahmat dari yang Maha Pemberi Rahmat. Sesungguhnya, pada bulan Ramadhan inilah, merupakan bulan yang telah Allah bukakan segala pintu, kearah mencapai keredhaanNya. Maka rebutilah peluang ini, kerana tiada quota ataupun had terhadap bilangan mereka yang akan menerima keampunan dariNya, seandainya kita benar-benar menginginkannya.


Sunday, June 13, 2010


Reflection

I was in the south 6 ward, doing my aged care rotation in Kingsten Centre. It was after Friday prayer, I come back to the hospital to finish my task for the day (which in the end I did not managed to finish it). I have to do a RUDAS test on a patient. Luckily, the husband was there so that he could interpret in case if the patient don’t understand me. After I have managed to finish the test, I have a chat with the husband (which is why I did not managed to finish my other tasks). Before I went off, the husband ask me:
“Doctor, are you proud of your origin?”
I was shocked by the question. My answer was…

p/s: Have you thought about the answer of the same questions directed towards yourself? Are you proud of your origin?

Tuesday, March 30, 2010


Tugas
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagiNya, pencipta Adam dan Hawa, penguasa keatas apa yang ada di langit dan dibumi, penakluk ketakutan dan pemberi kebahagian, kepadaNya sajalah terletak segala kekuatan dan kerbergantungan dan kebergantungan aku hanyalah kepadaNya. Maha suci Allah, yang tiada sekutu keatasNya, penguasa kematian dan hayat diri ini yang hanya dengan sedetik, mampu untuk meleraikan tali hayat yang dikurniakan atas belas kasihanNya.
Entah mengapa, aku kembali teringat akan satu pengalaman yang aku lalui pada awal tahun ini, dimana aku melihat bagaimana pedihnya hati seorang anak bila kehilangan ibu yang tercinta. Bagaimana pedihnya jiwa seorang lelaki bernama suami melihatkan isteri pergi meninggalkannya. Betapa menjadi pedih lagi dihatiku ini bila melihat jika kematian itu berlaku antara faktor penyebabnya adalah kerana kecuaian yang berlaku.
Entah mengapa, aku merasa sedih, mungkin kerana aku sendiri yang melihat bagaimana keadaan pesakitku itu semakin jatuh kadar dengupan jantungnya sehingga asystole, dimana aku dan MO yang bertugas itu sendiri yang kemudiannya memeriksa pesakit itu dan mengumumkan kematian pesakit itu. Itulah kali pertama aku belajar bagaimana untuk meng-confirm-kan atau memastikan kematian dan seterusnya mengumumkan kematian pesakit kepada keluarga. Aku sendiri berada disitu ketika MO yang bertugas breaking the bad news to the family. Bagaimana jatuhnya air mata dari kelopak mata si suami, begitu pilu hatiku ini melihatnya. Bagaimana teriakan si anak begitu menangkap sekali dihatiku ini. Kematian itu sememangnya memedihkan kepada mereka yang terlibat dan melihatnya sendiri, apatah lagi keatas keluarga dan sanak saudara.
Ketika itu, terlintas di pemikiran ku ini sekiranya kematian itu berlaku disebabkan kerana aku tidak competent enough to perform acceptably for patient care. Sememangnya aku menerima  bahawa qada’ dan qadar atas kematian yang menimpa adalah ketentuan daripada ilahi dan kita sebagai manusia tidak akan mampu berbuat apa-apa sekiranya ajal sudah datang kerana itu adalah kepastian yang sememangnya telah dijanjikan oleh Allah tidak akan lambat dan cepat walaupun sesaat. Dan menjadi lumrah ataupun hukum Allah (sunnatullah) atau hukum alam bahawa kematian itu berlaku mesti disebabkan oleh sesuatu dan aku seboleh-bolehnya mengharapkan bahawa aku bukanlah penyebab kepada kematian yang berlaku.
Oleh itu, aku harus bekerja keras untuk memantapkan lagi ilmu didada agar aku bersedia apabila masanya tiba untuk aku melaksanakan tanggungjawab amanah tugas yang aku pikul ini. Aku memohon kepada Allah agar memberkati waktu yang ada padaku dan sentiasa menghidupkan bara api supaya aku senantiasa berusaha untuk mempelajari ilmunya dan tidak memadamkan api bara yang menjadi bahan pembakar kepada usaha aku dalam mengejar, memahami dan seterusnya mempraktikkan ilmu yang dikurniakanNya kepadaku. InsyaAllah.

Allahua’lam

Monday, March 29, 2010


Meeting old friends
Alhamdulillah. Dapat juga aku berjumpa dengan rakan-rakan INTEC yang aku rasa ada dalam 4 tahun kot dah lost contact. Masing-masing sudah menginjakkan diri kealam fasa pekerjaan. Melihat mereka maju dalam bidang yang mereka ceburi membuatkan aku merasa gembira, ada juga anak melayu muslim yang dapat menginjakkan diri kealam professional jika hendak dibandingkan dengan berita-berita gejala yang pelbagai masa kini, meskipun mereka antara sedar dan tidak akan hakikat perjuangan hidup ini kearah memuliakan penciptanya, aku tetap juga bersyukur setidak-tidaknya mereka masih lagi mampu memelihara diri dengan pelbagai dugaan dunia masa kini.
Hendak diikutkan, ramai juga rakan-rakan ku yang dikatakan budak-budak kampong yang hidupnya berkisar disekitar kerja, hendak cari duit, cari jodoh, kahwin, bina keluarga and that’s it. Aku tidak menyalahkan mereka, kerana mereka tiada mengetahui, dan ilmu yang aku timba selama ini sudah mampu untuk membuatkan aku untuk tidak judgemental terhadap apa yang mereka lakukan sekiranya aku ingin mendekati dan harapnya dapat memberi sedikit tunjuk ajar akan hakikat penciptaan manusia dan kepentingan dunia akhirat itu sendiri. Sudah tentu ada cara dan gaya yang tersendiri jikalau hendak memasuki kelompok mereka, kerana manusia itu unik dan satu approach tidak mampu untuk diguna pakai untuk semua keadaan dan kondisi.
Sedangkan Rasulullah juga menggunakan pelbagai teknik dan cara dalam berdakwah, masakan pula aku untuk tidak mengikuti jejak langkah dan petunjuk jalan yang telah digariskan dan dipertontonkan oleh Rasullullah s.a.w. Memang dakwah ini mengambil masa, dan Allah juga tidak memandang akan hasil, tetapi kepada usaha yang dilakukan. Harapnya, dengan usaha aku yang sekecil ini, mampu untuk menolongku dan harapnya mereka diakhirat kelak.

Allahua’lam

Sunday, March 28, 2010


I don’t feel like going

I don’t feel like going to Australia. Seriously not joking. There’s nothing wrong with Australia, I believe. Masih aku ingat lagi at the end of first year, sebelum nak berangkat pulang ke tanah air dari bumi down under, sungguh berat. Amat berat sekali perasaan ketika itu. Aku dan rakan (mus’ab), ingat lagi ketika berada di lapangan terbang kat Melbourne, tak ingat dah apa nama lapangan terbang tu. Berdua sahaja menunggu flight nak balik pulang ke tanah air. Dah la balik for good masa tu. Dengan perasaan cuak, bersedia ke tidak, tak tahu, and we feel like we gonna miss Australia for good. It is true. Masa tu. Then, dapat berita masa second year yang kitorang akan fly balik ke Aussy for 3 months, hebat sekali perasaan. Mana taknye, doa sungguh-sungguh kot masa kat Aussy dulu, harap building Monash kat Sunway tak siap atau runtuh. Haha. Akhirnya, dapat juga balik ke Aussy, walaupun for 3 months. Banyak kenangan kat sana walaupun only for one year, and we quite proud juga la masa tu walaupun pergi for only one year, dah melawat most major city kat Aussy except Darwin dengan Tasmania.
Now, aku dah final year MBBS. Entah macam mana la boleh lepas pon still tak sure. Dengan byknye problem yang melanda, ditambah dengan meloncat dari satu tempat ke satu tempat yang lain, sungguh hebat sekali dugaan. Apatah lagi dengan Monash yg kelam kabut, batch experiment la katakan, sungguh byk sekali dugaan. Masa second year, kene pergi kajang for CBP (community based program), dahla hari-hari, lepas tu Monash tak nak support elaun minyak, menangis rasanya. Mana tak nye, dengan RM 400 sebulan dari JPA, ditambah nak byr sewa rumah dan bil. Seriously tak tahu macam mana aku dan rakan boleh survive. Tapi, despite all of that makes our bond even stronger. Kalo nak ikutkan, byk juga merungut, but everything that happen turned out to be a positive thing between us. Even through the hardship that happen, everytime kitorg borak, mesti turned out to be something that is funny and positive. A really enjoyable experience, plus hardship also la.
Bila naik third year, harapan memang menggunung pergi JB. Tempat baru, semangat baru. Tak nak ingat Sunway lagi dah. Di tambah dengan JPA bagi naik elaun, bersyukur betul masa tu, walaupun naik sikit je. Still, kitorg tak expect pulak living cost kat JB to be way high compared to Sunway. In the end, elaun yg naik tu jadi cukup2 makan jugakla. But still bersyukur daripada tak naik langsung. Teringat lagi perasaan salah seorang rakan dikala saat-saat akhir second year,
“Terbayang-bayang pantai JB”.
Last-last, takde pantai pon kat JB. Hahaha. Kalau nak tengok pantai kena pergi Desaru, tu pun aku tak pernah pergi lagi sampai masa aku post entry ni. Haha. Different experience as compared to Sunway, but heavier in terms of workload to be done here. Di tambah dengan stress that is unnecessary as a third year student kat sini. Expectation is so high that kalau tak tahu, confirm tutor (specialist) pandang lekeh. Nak buat macam mana, salah aku jugak sebab tak tahu. Tapi, at least ajar la instead of pandang lekeh dan tak bagitau apa2 langsung. Haih, nasib badan. Anyway, after some grueling battle, I walked out of third year stronger as a person. I now know how to differentiate human behavior and to differentiate between colleague and friends. I really learn how the world is and how you need to adapt on the changes that happen and move forward. I now know how to differentiate between the truth and lies. I was naïve at first to think that the world is equal. Every person has their own secret agenda and I must be careful. Anyway, that makes me stronger and knows what is important and what is not. I come out of third year closer with the One (yang Esa).
Masa fourth year, is very crucial for me. Memang masa tu fikir boleh lepas ke ni. Walaupun until that point tak pernah supp (bukan bongkak eh!), but still I have an uneasy feeling deep down inside my heart. Rasa macam tak boleh lepas. Dan kalau tak lepas, I can’t imagine seeing my friend graduating and leave me behind. Really, at the beginning of fourth year kot dah terfikir macam tu. Don’t know why, it just did. But I quickly shrug off the feeling and try my best to pass. Alhamdulillah, pass juga. But mix feeling juga la masa dapat result, I can’t describe what I feel at that time when learning about the others fate. But still, life need to goes on and those who can adapt, prepare and accept the changes that happen, and try to make changes will learn to move forward.
But now, bila nak pergi Aussy balik, rasa berat. Berat sangat. Berat because of what happen, banyak perancangan yang tergendala. But  importantly, because I will not fly to Aussy with my best friends (both of you). Nasib baik ada Amin (kawan baik jugak ni, hehe), kalau sorang, memang rasa cam tak nak pergi terus. Haha. Australia is a wonderful country, no doubt, but Malaysia is my home country. Tanah tumpahnya darah ku (literally of what has happened in January, haha). But most importantly is because of so much that need to be done here in JB, and the fact that I will go to Australia will mean I will be transferring the burden of workload to my friend here, who is still recuperating. I feel like it is unfair for me to offload the burden of my part for contributing in the dakwah here to my friend, with his problems and also as he is still recuperating. Hope that everything went well for him (you know who you are) and hopefully can get better soon. Seriously this place has a lot of potential, but lack of the energy it needed. But, things are different here now as compared to when my friend and I first come here. Alhamdulillah. Really wish that I can contribute more.
Things that happened bring to a bigger and deeper bond between us. As the Malay community here  in Monash is very sikit (rasanya macam tak sampai 10%), we at jalan Mustaffa have a bigger bond as we was masa mula2 second year dulu. Well, I do not know whether I am improving or not, but I can say for myself that I came out of those years stronger in my heart and also as a person. I have no more doubt that I can cope with the work stress here in Malaysia, although I admit masih lagi berkira-kira nak bekerja dekat mana. The art of human being is unique and I believe you can never, ever finish learning about yourself and others behavior.
Still feel like not going to Australia. Hope that things change in these few weeks, but I guess this phrase that I come out myself is really indeed is for me.
“Those who are brave enough to accept changes and make changes will learn to move forward”

Sekadar perkongsian.

Allahua’alam.
p/s: Kalau nak ikutkan, memang byk nak tulis, tapi my mind tells me cukup2 la tu. Hehe. Rasa macam ada element of circumstantiality je. :)

Friday, March 19, 2010


Quote of the day
"The superior man cannot be known in little matters, but he may be entrusted with great concerns. The small man may not be entrusted with great concerns, but he may be known in little matters."
Confucious

A wise quote that can be used as a catalyst for me to push further forward InsyaAllah. Life is not as easy as many people think, when they do not know the reason behind life itself. And it is also not as difficult as many people think, if they do really know the reason behind life itself.
May Allah grant strength to me and also all my brothers. May Allah bless us in everything we do.

Allahua’alam.