pengemis kasih ilahi

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (Al-'Alaq: 1-5)

Monday, August 07, 2006

Yang Mana Satu?

Al-maklum tersebutlah kisah, di sebuah kawasan, terdapat dua buah syarikat yang saling bersaing antara satu sama lain. Syarikat-syarikat tersebut diberi nama Syarikat Berjaya Sendirian Berhad dan satu lagi bernama Syarikat Mara Bersatu Corporation. Saingan sengit antara dua buah syarikat ini telah pun menenggelamkan kehebatan syarikat pesaing-pesaing mereka.

Pada suatu hari, telah datang seorang pelabur ke kawasan tersebut. Tujuan kedatangan pelabur ini adalah untuk melabur segala wang yang ada padanya pada salah-satu syarikat antara Syarikat Berjaya Sendirian Berhad dengan Syarikat Mara Bersatu Corporation. Kedatangan pelabur itu dikatakan dengan membawa wang yang dikatakan mencecah angka 1 juta.

Maka dilihatlah akan struktur organisasi kedua-dua syarikat tersebut. Syarikat Mara Bersatu Corporation mempunyai struktur organisasi yang sangat tersusun dimana pucuk pimpinannya mahir dalam melahirkan idea-idea yang bernas dan juga strategi marketing yang mantap dan mampu melihat perkara dari pelbagai aspek. Manakala, Syarikat Berjaya Sendirian Berhad pula, tidak mempunyai struktur organisasi yang jelas, malah pucuk pimpinannya terbahagi kepada 2 golongan yang sering bertelagah antara mereka. Diceritakan lagi, syarikat ini juga mempunyai tenaga kerja yang sedikit berbanding dengan tenaga kerja yang dimiliki oleh syarikat pesaingnya, malahan pekerja-pekerja syarikat pesaingnya ini lebih berkemahiran berbanding dengan pekerja yang dimiliki oleh Syarikat Berjaya Sendirian Berhad.

Setelah membuat analisa yang begitu terperinci, maka pelabur tersebut perlu membuat keputusan mengenai pelaburan yang ingin dilakukannya, dan dia ingin memastikan pelaburan yang dilakukannya itu mendapat keuntungan yang berlipat-kali ganda. Maka persoalan timbul, diantara Syarikat Berjaya dengan Syarikat Mara Bersatu, manakah yang lebih sesuai untuk dilaburinya, yang mampu menyakinkannya mengenai pelaburan masa hadapannya ini.

(bagi pembaca sekalian yg dihormati, agak-agak pembaca, syarikat manakah yang lebih sesuai untuk pelaburan.......................................sudah tentu Syarikat Mara Bersatu kan!)

Oleh itu, pelabur itu pun melabur kedalam Syarikat Mara Bersatu Corporation, maka rugilah Syarikat Berjaya Sendirian Berhad.

Pengajaran....

Sepeti yang dijanjikan.....

Kisah diatas boleh memberi pelbagai pengajaran kepada kita, umat Islam. Pengajaran yang pertama, jika dilihat dari segi pelabur itu, dibayangkan seperti pertolongan Allah. Syarikat berjaya umpama masyarakat Islam sekarang yang sering bertelagah antara satu sama lain, tiada koordinasi, tidak memahami akan visi dan matlamat kehidupan didunia ini, malahan hanya segelintir sahaja yang betul-betul memahami dan cuba untuk memperbetulkan masalah ini. Syarikat Mara Bersatu umpama orang-orang kafir sekarang yang bersatu hati dalam menghancurkan Islam. Cuma kita yang tidak mampu melihat kesepakatan mereka dalam memerangi Islam. Isarel menyerang lebanon dengan terang dan nyata melanggar undang-undang antarabangsa, namun dengan bantuan US, tindakan itu dihalalkan. Mereka mempunyai misi, visi dan matlamat yang satu, yakni menghancurkan Islam. Dengan itu, mereka mengatur langkah yang begitu tersusun, pekerja yang ramai untuk merealisasikan matlamat itu. Maka, dilihat kepada masalah yang melanda umat Islam zaman sekarang, yang banyak melakukan maksiat, jauh daripada mengingati Allah, Adakah patut kita meminta kepada Allah untuk memberi pertolongan kepada kita? Allah berfirman..

(Siksaan) yang demikian itu adalah karena sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan meubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkan-Nya kepada suatu kaum, hingga kaum itu meubah apa-apa yang ada pada diri mereka sendiri, dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

(Al-Anfaal: 53)

Jika dilihat daripada perspektif syarikat, ketidaksepaduan masyarakat Islam menyebabkan kehancuran kita, dan penghinaan yang diterima adalah berpunca daripada sikap kita, umat Islam itu sendiri. Bagaimana kita ingin bersaing dengan musuh-musuh kita seandainya kita masih lagi ditakuk yang lama, tiada bersepakatan dalam memerangi musuh-musuh Islam. Mereka, musuh-musuh Islam mempunyai organisasi-organisasi, yang membantu mereka, mempunyai bantuan kewangan yang berterusan, malahan kita, umat Islam membantu mereka dalam memperolehi bantuan kewangan itu, dengan membeli barangan produk mereka, yang membantu meningkatkan keuntungan mereka, yang kemudiannya disalurkan kepada tabung pemusnahan umat Islam!!! MasyaAllah. Kembalilah, kita bersatu-padu, Hayatilah Islam, Ambillah Islam keseluruhannya. Ingatlah akan sumpah kita ketika melafazkan Syahadatul Haq!!