Pencari Cinta
Aku,
pencari cinta,
di dunia yang fana,
yang penuh dengan noda.
Aku,
mencari makna,
hidup di dunia,
yang penuh dengan petanda,
dari Yang Maha Esa.
Aku,
mencari erti,
perjalanan hidup ini,
yang sering berulang kembali,
dari dahulu mahupun kini.
Aku,
yang sering bertanya,
mengapa mestiku mengikut
perjalanan yang tidak bermakna,
dengan tujuan hidup di dunia.
Aku,
yang sering menanti,
kebangkitan diri ini,
dengan keazaman yang semakin meninggi,
menentang arus yang berbahaya ini.
Aku,
yang semakin mengerti,
menyeru diri ini,
agar tidak menoleh kembali,
masa silam yang tidak bererti.
Aku,
mahu beranjak ke hadapan,
dengan penuh daya dan harapan,
menyinar dunia masa hadapan,
agar dunia kini tidak berterusan,
malap tanpa harapan.
Aku,
pencari cinta,
di dunia yang fana,
yang penuh dengan noda.
******************************
"Dan tidak aku menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka mengabdikan diri kepada-Ku"
(Adz- Dzariyyat: 56)
0 comments:
Post a Comment
<< Home