Kisah kambing dan serigala
Kononnya di pulau ini dulunya pelbagai spesies binatang hidup. Namun semuanya musnah lantaran musibah yang segala macam yang melanda; banjir, tibut, taufan dan ada juga yang terkena selsema burung. Maka yang tinggal hanyalah beberapa ekor beruk. Bergembiralah beruk-beruk ini kerana tiada lagi saingan di pulau ini. Berkembang biak dan terbinalah satu tamadun oleh beruk-beruk di pulau ini.
Beruk-beruk ini mula membaca, mengira dan menulis. Satu persatu beruk-beruk ini menjadi semakin bijak dan terpelajar. Selari dengan waktu yang berlalu, tahun demi tahun, beruk-beruk ini telah berubah perangai dan sifat. Banyak juga yang berubah bentuk fizikal. Beruk-beruk ini berubah menjadi kambing dan serigala.
Kambing menggunakan ilmu yang dipelajarinya untuk memilih rumput-rumput yang segar dan air minuman yang bersih. Maka tak hairanlah kambing-kambing ini menjadi sihat-sihat belaka, kadang-kadang perut besar pada kambing-kambing ini begitu besar hinggakan susah berjalan. Sehari demi sehari berlalu, semakin tembunlah kambing-kambing ini. Itulah rutin harian mereka, macam sudah jadi kemestian. Perut yang gemuk mesti digemukkan lagi. Itu pegangan mereka, agama kambing-kambing ini.
Pada suatu hari, diadakanlah suatu mesyuarat dan dilantiklah seekor kambing menjadi ketua kambing-kambing ini. Perut si kambing inilah yang tergemuk hinggakan kakinya tidak mencecah tanah akibat besarnya perut yang ada. Tidak kurang juga janggutnya, panjang dan lebat hinggakan menutup perutnya yang besar. Mungkin kambing-kambing lain tidak tahu si kambing ini perutnya terlalu besar dan kakinya “singkat” kerana tersorok dek janggut yang amat lebat ini. Maka begitu angkuhlah si kambing ini dengan janggutnya. Janggutnya tidak boleh disentuh, pantang sekali dan sekiranya ingkar maka tulahlah yang menimpa…itulah yang dikatakan si kambing ini (entah benar atau tidak terpulang kepada pembaca untuk menilai, tapi bagi saya ialah helah untuk menutup aib si kambing ini-penulis).
Dari jauh serigala-serigala melihat dan tersenyum. Bagi serigala-serigala ini, tidak ada yang perlu disegerakan, biarkan kambing-kambing itu membesar. Lagi besar lagi bagus. Malahan ada yang menjadi teman rapat kepada kambing-kambing. Kawan rapat ini pula diangkat menjadi tok guru yang amat hebat. Tok guru ini mengajar kambing-kambing ini memilih rumput yang paling bagus. Kalau boleh pilih yang paling segar dan hijau, itulah pesan tok guru. Halal dan haram itu perkara lapuk dan tidak menggemukkan perut, tambah tok guru itu lagi. Maka kambing-kambing bersetujulah, apatah lagi inilah agama mereka, perut yang gemuk mesti digemukkan lagi.
Sedang kambing-kambing ini terbaring lena sambil mengunyah rumput hijau dan menonggak air sungai yang segar, tiba-tiba segerombolan serigala menyerang. Bertempiaran larilah kambing-kambing ini meskipun bilangan mereka begitu banyak kalau dibandingkan dengan segerombolan serigala ini yang tak lebih dari beberapa ekor sebenarnya. Tidak semua kambing dapat melarikan diri, apatah lagi yang terbaring bongkang yang kakinya di atas. Amatlah susah kambing-kambing ini memusingkan badannya tambahan pula perutnya yang amat besar. Tidak kurang juga berkilo-kilo emas perak yang ditindik di telinga, perut, bibir dan pusat yang menambahkan berat kambing-kambing yang sedia berat. Maka berpekiklah kambing-kambing ini meminta tolong dan belas ihsan dari serigala-serigala. Itulah nasib kambing-kambing ini tidak ubah seperti hidangan yang dihurungi lalat dari segenap sudut.
Tersenyum gembira serigala-serigala terutamanya serigala yang menjadi tok guru kepada kambing-kambing. “Masakan apa yang kita jamu malam ini; kari kambing, kurma kambing atau sate kambing”, kata tok guru serigala ini sambil menunjuk jarinya kepada ketua kambing. “Kita panggang dia, kita golek-golekkan dia di atas api ini”, sahut serigala-serigala beramai-ramai sambil membawa ketua kambing ke arah api yang berasal dari lapisan ketujuh perut bumi. Maka diguntingkanlah janggut ketua kambing, seraya terkejutlah kambing-kambing lain kerana kaki ketua kambing ini teramat pendek apatah lagi bertambah lucu jika dibandingkan perutnya yang amat besar.
Sepotong buluh runcing dibawa ke tengah dan bakar hujungnya. Tatkala buluh itu mula terbakar dan berbara, dijoloklah buluh ini kepada punggung ketua kambing hinggalah ke mulut. Terpekiklah kambing-kambing lain kerana terkejut dengan nasib ketua kambing apatah lagi bangkai ketua kambing mula mengeluarkan lemak-lemak yang amat dahsyat baunya. Lemak-lemak ini menitis satu persatu ke atas api yang membakarnya dan bertambah maraklah api tersebut. Binggung kambing-kambing lain melihatnya keadaan ini, tapi kambing-kambing mula sedar bahawa ketua kambinglah kuat melantak rumput hijau tidak kira halal dan haram dan inilah balasan di atas perbuatannya. Sedarlah kambing-kambing lain, agama pegangan mereka selama ini adalah salah dan membunuh mereka.
“Hidup kita bukanlah hanya makan dan minum……”, kata kambing-kambing dangan nada yang menyesal tapi apakan daya nasi sudah menjadi bubur. Disembelihlah seekor demi seekor kambing dan dibuatlah kenduri besar dengan hidangan kari kambing, kurma kambing dan sate kambing. “Kitalah sebaik binatang”, kata serigala yang menjadi tok guru kambing sambil meratah daging ketua kambing. Malangnya dia tidak sedar binatang tetap binatang, tidak akan ia berganjak darjat dan martabatnya daripada binatang.....
Sources: petunjuksepanjangjalan
Pengajaran yang boleh di ambil...
Diaplikasikan pada hidup kita zaman sekarang ini...janganlah asyik dan lalai dengan buaian-buaian jerat yang dicipta dan direka khas oleh orang yahudi (serigala) terhadap umat Islam. Ingat peranan kita sebagai rijal-rijal kerana semangat muda yang membara dalam diri rijal-rijal muslim yang berdiri tegak membela Islam sahaja yang mampu menggegar dunia ini...
Ingatlah!!! Sejarah telah pun membuktikannya....
0 comments:
Post a Comment
<< Home